bila kali terakhir kita menangis? kerana apa kita menangis? bila kali terakhir kita menangis mengingatkan dosa dosa yang pernah kita lakukan?
atau kita sebenarnya terlalu gembira sepanjang hidup, kita terlupa untuk menangis? menangis kerana dunia, menangis kerana ujian dan dugaan? pernah tak kita luangkan masa untuk menangisi dosa kita?
beruntunglah mereka yang hidupnya tidak pernah sunyi dengan ujian dan dugaan. kan? kerana ujian dan dugaan mendekatkan kita pada DIA. bila susah, kita senang mengalirkan air mata. senang untuk menangis dan mengadu pada DIA. senang untuk sedar hakikat diri dan hidup. senang untuk mengimbas salah silap sepanjang perjalanan. tapi bila senang, bila gembira, bila bahagia? kita mudah lupakan DIA. mudah. sangat mudah.
aku rindukan tangisan seperti itu. :') rindu. sungguh sungguh rindu. saat di mana aku rasa kuat walaupun dalam sedih. saat di mana aku rasa bahagia walaupun dalam air mata. rasa dekat dengan DIA. menangis menyesali dan menginsafi dosa. rasa bahagia. :')
aku selalu cuba menangis. setiap masa. tapi lain rasanya bila cuba untuk menangis ketika hidup sedang gembira. aku tetap mahu menangis. kerana hati yang lama tidak menangis, akan menjadi keras dan tuli. aku mahu terus menangis.


0 bisikan hati:
Post a Comment