Nuff

tak best? tengok dulu baru tahu!

Nuff

Thursday, January 12, 2012

dia panggil "baby"?

aku stalk blog orang. bakal Dr yang sedang sibuk kat UK sinun. ;) siapa lagi kalau bukan abang amri tu kan?

baca entri je lah sebenarnya. aku sangat admire dia ni. belajar sampai phd. pergh. aku...? degree pun sangkut2 lagi ni. kalau ada rezeki, nak jugak sampai phd. *doa* :)

isu nya, dia cakap pasal entri dia yang femes...yang dia sebut pasal highland cow tu. since aku tak terbaca entri yang tu, so aku gi cari balik sebab nak tahu.

COMEL. penulisan dia. seriously? tulisan pun boleh buat orang macam comel kan? aiyooo.

student phd...tapi penulisan comel macam tu? *ketuk kepala laju2* ahaha.

anyway, lembu tu jadi haiwan kesayangan dia?? tak ada kucing ke kat sana? tapi...agak comel jugak lembu tu *batuk2 cover*

and to know that he has been calling that cow "baby"...okay, kiut. aku ni kampung. olskool. sebab kalau nampak haiwan comel, first name yang aku akan panggil is...comel. -__-" *obviously lah kan*

this is highland cow.






korek hidung pakai lidah? *muntah*

Tuesday, January 10, 2012

Sekarang Sedang...

random post. seriously random.

sekarang sedang:
  • sibuk dengan final exam yang masih berbaki 3 paper. T^T
  • agak rajin meroyan sorang sorang kat twitter. *okay, sadis*
  • terpaksa tahan diri daripada jenguk tumblr selalu. sebab kalau jenguk, susah nak stop! T^T
  • selalu bukak blog, excited nak baca orang punya update. (apa kes entah? sendiri malas update.) -__-"
  • sedang layan lagu Percintaan Ini by Ezad Lazim. (semua salah nasional.fm! sebab tak ada frequency lain, itulah satu satunya radio yang dapat kat sini. so lagu semua jiwang leleh. tak pasal pasal ada lagu jiwang tahap tak ingat ni dalam laptop.) T^T
  • TAK SABAR NAK BALIK. 13hb paper forensic. 14hb sampai PJ! insyaAllah.
permudahkan urusanku, ya Allah. :)
oh. sekarang jugak sedang gigih download Yakitate Japan yang berjumlah 69 episod semuanya. kena habis download sebelum 13hb! anime tu sangat best! seriously. menangis, gelak semua cukup. :') lagi best daripada Ombak Rindu. 100% confirm. -___-" *tapi ada jugak download OR tu...sebab nak bagi kat orang.* ;)

Friday, December 30, 2011

Ujian dan Dugaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



ujian itu tarbiah dari Allah. sebesar mana pun ujian yang diberikan, ingatlah bahawa kita tidak keseorangan. bahkan kita ada Yang Maha Kuasa bersama sama dengan kita. ya, kita ada DIA. Allah S.W.T.


ingatkah kita dengan ayat ayat cintaNYA?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (2:286)

senyumlah. ujian ini hadiah daripada Allah. bertuahnya kita kerana diuji. mengingatkan kita bila kita terleka. tidak dibiarkan terus hanyut dengan dunia. :)


jangan bersedih. jangan mengeluh. jangan berputus asa. banyakkan berdoa, memohan kekuatan untuk melaluinya. tetapkan hati, perbaharui iman setiap hari. letakkan seluruh pergantuangan pada DIA.

cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain DIA. hanya kepadaNYA aku bertawakal, dan DIA adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. (9:129)


ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU untuk memohon kepadaMU sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). (11:47)

sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang orang yang kafir. (12:87)

DIA lah sebaik baik perancang. DIA tahu apa yang kita perlukan, apa yang terbaik untuk kita. jangan sesekali berburuk sangka dengan DIA. carilah hikmah di sebalik setiap ujian dan dugaan.

Thursday, December 22, 2011

Fiksyen 302

sekadar nak berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan. ;)
bungkusan diterima pagi tadi. alhamdulillah!

FIKSYEN 302- Ramlee Awang Murshid
terima kasih Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)!

Wednesday, October 5, 2011

Menangis

bila kali terakhir kita menangis? kerana apa kita menangis? bila kali terakhir kita menangis mengingatkan dosa dosa yang pernah kita lakukan?

atau kita sebenarnya terlalu gembira sepanjang hidup, kita terlupa untuk menangis? menangis kerana dunia, menangis kerana ujian dan dugaan? pernah tak kita luangkan masa untuk menangisi dosa kita?

beruntunglah mereka yang hidupnya tidak pernah sunyi dengan ujian dan dugaan. kan? kerana ujian dan dugaan mendekatkan kita pada DIA. bila susah, kita senang mengalirkan air mata. senang untuk menangis dan mengadu pada DIA. senang untuk sedar hakikat diri dan hidup. senang untuk mengimbas salah silap sepanjang perjalanan. tapi bila senang, bila gembira, bila bahagia? kita mudah lupakan DIA. mudah. sangat mudah.

aku rindukan tangisan seperti itu. :') rindu. sungguh sungguh rindu. saat di mana aku rasa kuat walaupun dalam sedih. saat di mana aku rasa bahagia walaupun dalam air mata. rasa dekat dengan DIA. menangis menyesali dan menginsafi dosa. rasa bahagia. :')

aku selalu cuba menangis. setiap masa. tapi lain rasanya bila cuba untuk menangis ketika hidup sedang gembira. aku tetap mahu menangis. kerana hati yang lama tidak menangis, akan menjadi keras dan tuli. aku mahu terus menangis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...